Friday 7 March 2014

Tips Penjagaan Bunga Ros

Haluu Rosarians, entry rose katakan.. I tahu ramai wanita suka ros, tak kecuali lelaki pon ada yang suka ros, betol tak?? Orang cakap rose ni manja, cerewet, selalu kena belai, bagi I tak kot.. makan, minum ubat semua cukup tak perlu nak belai2 sangat..

Entry kali ni i nak share TIPS PENJAGAAN ROSE. ikutkan banyak tips untuk penjagaan rose ni, I selitkan beberapa perkara saja yang penting.. lain2 uols boleh google la ye..

  • Pokok bunga ros perlukan tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar), air, matahari dan sumber nutrien baja.
  • Jangan lupa, pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang tetapi jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.
  • Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Amalkan air basuhan beras dan ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.
  • Kulit udang dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro dan mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros.

  • Pokok  bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara bergradual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.
  • Bagi menggalakkan pengeluaran bunga, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.
  • Buang daun-daun pokok bunga ros yang terkena penyakit. Pokok bunga ros selalunya akan diserang black spot. Jadi untuk mengawal masalah ini, anda boleh gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit.


Inginkan kepastian, uols boleh GOOGLE.. Yang penting KENA RAJIN!! 

Credit : MW

No comments:

Post a Comment