Showing posts with label Cuti-Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

Ladang Anggur Tasek Beris Sik, Kedah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

Selamat pagi semua, hari ini kerja kat office sangat banyak, mata pulak kuyu je mau tito.. 
Kalau di layan mesti lelap ni, kali ni saya nak cerita sikit pasal 
LADANG ANGGUR TASEK BERIS, SIK KEDAH

Kalau dari kampung saya nak pergi ladang anggur ni dalam 1jam lebih perjalanan..
lalu kawasan perkampungan untuk sampai ke sini.. dah lama dah saya pergi, duduk dekat tapi tak ada masa nak pergi, hari tu pergi time tak cantik, buah baru je dorang petik, yang tinggal semua tak cantik.. ladang dia tak besar sangat, setakat nk guling2 dalam ladang boleh la.. itupun kalau pekerja yang jaga tak halau la.. keluasan dalam 4 ekar dengan jumlah pokok sebanyak 1000 lebih kurang

Nak masuk tiket dewasa RM4 Kanak-kanak RM2. Di pintu masuk dah tulis di larang memetik buah.. setiap penjuru pagar ada pekerja jaga.. bila dah tengok anggur kan rasa juga nak rasa, tengah snap2 gambar pura-pura pegang buah kononya, tarik 1 biji.. ops terpetik hehe.. aummmm maniss...



Walau rupa tak berapa cantik, tapi rasanya tu... shedapp... manis.. nasib baik pekerja yang jaga ladang tak nampak.. setiap gugusan buah mesti ada beberapa biji hilang.. hehe.. semua orang petik.. pura-pura selfie ngan anggur kononnya... haha.. 




Tak silap saya ada 3 jenis anggur kat sini " BLACK GRAPE, WHITE MALAGA, LOSU PLITE. Jenis ini di tanam untuk pasaran tempatan. ada rezeki boleh la anda petik buah sendiri. saya dah tak ingat berapa ringgit untuk 100g. kalau nak petik kena minta bakul dan bayar di gerai yang disediakan.



Jangan tak percaya, ladang strawberry pon ado.. tapi buah tak sebesar kat CAMERON HIGHLAND tu.. sini tempat tak sejuk, so buah tak cantik.. walaupun tak cantik, hilang jugak buahnya.. haha bukan saya ambil ye.. 

Dekat ladang anggur ada gerai jualan, sekiranya nak beli cenderamata, anggur fresh @ pokok anggur. semua dijual di sini. Gerai makanan juga ada, nak try jus angur fresh boleh datang.. 

Permandagan sekitar ladang anggur sangat cantik, di hiasi dengan tasek beris.. Waktu saya pergi, musim kahwin gamaknya, ramai betol pengantin buat photoshoot kat sini... 

Sebelum balik, sempat saya pergi kat pekerja ladang tu, maaf ye saya amik 1 biji buah rasa. dia gelak je.. haha... dia cakap tak apa, 1 biji bukan 1 pokok.. kalau gitu mau amik 1 gugus tadi.. haha.. 

Sesiapa nak datang boleh la datang, jangan pelik KEDAH pon ada LADANG ANGGUR okehh... 


Ini maps untuk memudahkan anda datang.. nak ajak saya pon boleh.. hehe

Gerai jualan hasil dibuka dari

9.30 pagi hingga 6.30 petang
 atau hubungi
 BERIS LAKE VINEYARD

(LADANG ANGGUR TASIK BERIS)

Lot 264, Kampung Ternas, 08200 Sik,
 Kedah Darul Aman.
 Tel : 04-4620466, H/P: 019-5667908,

Email : Excel agro @ yahoo.com.

Seboleh boleh nya anda call dulu sebelum pergi, tanya anggur ada ke tidak. nanti jadi macam saya, pergi anggur dah tak ada. yang ada sikit untuk tatapan pengujung. semua belum masak lagi..

Cukup la setakat ini ya.. byeeeee...


Tuesday, 4 March 2014

Cameron Highland Part 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Entry kali ni nak cita pasai honeymoon aku g CH.. plan punya lama, akhirnya dapat jgk pergi.. aku suka bunga so cari tempat banyk bunga la.. nak cita pasal perjalanan ckit.. aku pergi baru ni cuaca agak panas, rasanya 2bulan xhujan. CH pon xsesejuk dulu, panas. Cerun banyak runtuh, bukit2 banyak dah d gondolkan. myb nak tanam sayur kot.. xpon tanam bunga.. 

Cita bab bunga, dulu aku pegi banyak bunga yang dorg jual, sekarang xde. ade ckit jek.. mungkin sebab faktor cuaca @ kawasan kot. xpon xde permintaan @ dah habis.. erkk bunga habis? cam pelik jek..
Berkenaan dengan hotel, aku amik hotel budget je. Hari jumaat RM68, aku amik 3 hari 2 malam TOTAL RM247. mahal2 pon bukan da aircond n kipas, bukan duduk sangat pon, pagi kul 8 dh keluar, balik petang mandi keluar lagi. mlm je tido.. Aku duduk dekat BRINCANG, makan senang, tp parking susah. 1 jam pusing2 cari parking. pagi bangun parking lengang. malam full. petang aku dah balik, sebab dah tahu mesti xde parking. malam jalan2 kt pasar malam BRINCHANG je. pasar malam dibuka pada HARI JUMAAT & SABTU. Memang tumpuan orang kat sini nak beli sayur @ cenderahati.




aku mesti cari cendawan goreng, ubi goreng, n koteow kerang, aku panggil koteow koboi, sebab pakcik yang goreng pkai topi koboi n cara menggoreng pon cm kuda berlari jek. ngeeeeeeeeeeeee

CH xperlu tunggu cuti sekolah. cuti biasa SABTU & AHAD pon ramai.. so nak pergi plan awal2.. 

rose yang tahan 2 tahun.. iye ke??



stoberi.. aku tengok ramai yg beli.. aku pilih xbeli lagi.. sebab aku tahu nanti lebam n lembik.. sebab dorg men tuang je, sah2 lembik.. nak beli, time nak balik baru singgah beli.. aku beli kat KEA FARM. waktu aku pergi stoberi baru sampai, baru petik. so fresh lagi. bawa balik penang masih segar bugar.. masih manis.. sebab da cakap masam, kena pndai la cm mn nk bagi manis hehe.. cewahh.. cm trer nampak. stoberi jangan tindan2 banyak sangat nanti lebam.. xcaya try buat, sampai bawah, mesti ada yg lebam,, n lembik..

ok sudah untuk kali ni.. tunggu PART 2 pulak aku cita pasal tempat2 best.. 

ok.. byee