Showing posts with label Mini Rose Garden. Show all posts
Showing posts with label Mini Rose Garden. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

Bouquet Roses (Fresh Flower)

Tak pernah terfikir dapat bunga. besar pulak tu
Untung la ada secret admire.. kita tak ada.. sob sob




Fresh Flower White Rose + Red Rose







Monday, 2 March 2015

Surprise Delivery (Birthday)

Kali ini nak share surprise delivery untuk Birthday!!

Surprise ni dari anak untuk ibu tersayang!!



3 RED ROSES
3 PINK ROSES
CHOCOLATE MIX
BALLOON



Balloon Helium

P/S : Limited slots available.. so don't make last minute arrangement or you might miss it !! 
100.gif100.gif100.gif

Thursday, 23 October 2014

Enchanted Evening & Cut Holland Rose

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Rasanya belum terlambat saya nak ucapkan Happy Deepavali bagi mereka yang menganut agama Hindu.. muruku time... ngee... sedap2.. Entry kali ni sesaje nak share gambo2 rose kat laman rumah.. 
Di bawah adalah rose omputeh, orang cakap bukan saya cakap.. ^__^ id nya pon sedap kan? bila hati dah terpaut dengan rose, alahai pantang nampak yang cantik mesti rembat. Tapi cam saya bagitahu dulu, mentenance tinggi. Nah macam kereta..

Minat punya pasal, apa la sangat. Eewahh


ID : ENCHANTED EVENING




ID : CUT HOLLAND




Monday, 20 October 2014

Calla Lily

Entry kali ini berkenaan CALLA LILY. Ini sebahagian yang ada di laman rumah ku sekangkang kucing.. bunga sangat cantik. kadang aku petik buat bridal bouquet. Pokok ni bagi aku sangat sensitive... silap haribulan mati... kadang tak berbunga dah... dia perlukan banyak air.... ada kolam ikan, tanam tepi2 kolam, wahhh cantik...

Meh jamu mata tengok koleksi CALLA LILY yang ada.. 









Tuesday, 7 October 2014

Rose & Penyakit

Kali ni nak cerita sikit pasal rose.. ini adalah rose jagaan aku.. bukan senang nak senang. bukan senang nak jaga rose ni.. bukan hari2 siram n letak baja ja.. no no no.. dulu waktu 1st time terjebak dalam dunia penjagaan/belaan rose, seram aih belaan? haha.. aptb.. ingat mudah.. tapi saya silap.. susah sebenarnya... kita kena tahu penyakit pada pokok rose, makanan dia, suppliment dia.. bukan macam pokok durian, tanam siram & biar dia berbuah.. 

Rose ni sangat sensitif.. sangat manja, nak je di belai selalu.. kalau datang penyakit, susah hati dibuatkan. silap hari bulan, ke syurga jawabnya.. huhuhu. ingin saya kongsikan di sini beberapa jenis penyakit rose.

Salah satunya thrips. paling di takuti oleh roserian.. betolkah roserian? hehehe..
Thrips ni rose boleh ke syurga kalau xjaga dengan betol.. ini tips dari kawan facebook saya, boleh diketogerikan SIFU ROSE lah.. rose dia sangat2 la santeq.. cam kat kebun bunga. kt CH pon xmacam kebun dia. sangat2 sihat.. mcm kt laman umah DAVID AUSTIN baq hang.. 



Tips : Cara megawal perosak seperti thrips dan aphids tanpa menggunakan bahan kimia:
Aphids - Dengan melakukan semburan air yang kuat dari hose air setiap pagi dapat membantu mengurangkan serangan aphids, lakukan setiap hari sehingga tanda-tanda serangan hilang
Thrips - Cantas dan buang semua bahagian yang telah diserang thrips seawal serangan disedari.
Copyright : Norin Asni



nanti saya akan berikan beberapa jenis serangan THRIPS.. tapi sebelum tu meh la belek2 rose saya ni.. santeq kan.. auuww

ID : CHARLOTTE (not sure)







Next entry la saya share ye pasal serangan thrips.. ^_^

Tuesday, 18 March 2014

Rose Jepun

Haii... selamat datang.. ^___^
Hari ni entry pasal ROSE JEPUN pulak.. sebelum2 ni asyik ros mat salleh je kan.. ok, nak cerita ckit ni.. tetiba je terminat nak tanam ROSE JEPUN. Tadi pergi umah kawan yg baru kenal kt FB, cewahh.. nak di jadikan cerita, engat nak beli ckit je.. sampai2 rumah dia... waaaaaaaaaaaaaaa... semua rose jepun okeyy... cantik berseri2...
Si Jambul PINK

Color Baby Pink

Color White ke apa nih.. ngeh2

 Si PINK

Color Orange 

Ini taman kawan ku di FB itu 
cantik kan???

Jenis ni aku suka. kelopak dia lembut je.. wahh cantikkk

Si Jambul Baby PINK

Lagi dan lagiii

Si jambul jugak

waaaaaa.. i likeeeeeeee this one

Si Jambul Kuning

Belum plan nak tanam mcm mn, tenga fikir2 lagi. Al maklumlah laman LIMITED EDITION terhad sangat... ni la bahasa rojak!!

Ok sampai di sini.. nanti tulis lagi.. idea hilang bersama MH370

#PRAYFOR MH370





Monday, 17 March 2014

Penyakit Yang Selalu Menyerang Pokok Bunga Ros

Rose!! kisah aku dah rose lagi.. rasanya dh dekat 1 bulan lebih kot aku berjinak2 dalam dunia rose.. cewahh.. sekarang dah ada dekat 30 jenis rose yang beberapa jenis aku tak tahu id apa... nampak cantik je rembat.. hehe.. xpe la asalkan bahagia. tak gitu?? hihi..

Nak jaga rose ni xsesenang yang di sangka.. "Maintenance" tinggi woo... itu ini kena cukup.. ribaan2 jugak la habis kt rose.. sayang punya pasal. apa pun xkisah.. Baja kena cukup, jenis tanah kena betol, racun itu racun ini kena cukup.. yang penting "DISPLIN" kena rajin.. kena selalu tengok pokok2.. siram kena rajin. jangan rasa rajin baru nak siram.. NO NO NO.. nanti rose kiok jangan nangis ok.. walaupun aku masih lagi dalam proses belajar, 1 pokok aku mati pon sedih tak terkira..

Kat bawah aku ada share tentang PENYAKIT ROSE

Penyakit yang selalu menyerang  pokok bunga ros ialah:

1.Thrip-kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk ,bunga, dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan   'terbakar' seterusnya perlahan-lahan mati.

Kawalan  penyakit - Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan.

Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu,  di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros .

2. Blackspot- Merupakan penyakit sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.

Apabila diserang akan mengakibatkan 50 -50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah.

Info:

Pokok bunga ros amat sesuai dibajai dengan baja najis ayam.

Pokok bunga ros akan jadi subur dan tinggi, berbunga lebat dan besar.

Pokok bunga ros juga perlu dibajai dengan  baja tambahan seperti kulit udang, kulit buah pisang,kulit telur ,air basuhan ikan.

Kegunaan perubatan- merawat luka gigitan seranga, masalah jerawat, menurunkan panas badan kerana campak, merawat penyakit paru-paru, batuk berdarah, mengatasi sembelit, bengkak payudara, merawat radang usus dan mengelakkan masalah penyempitan pembuluh darah.

Cara menanam bunga ros

Antara tips-tips bertanam ros :

1) Pokok bunga ros memerlukan tanah hasil campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. , air, matahari & sumber nutrien baja.

2) Pokok bunga ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang.

Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.

Hanya siram sekadar membasahkan tanah.Pastikan air disiram dengan jarak dan tekanan yang rendah. Ini dapat mengelakkan tanah tidak lagi gembur dan tidak lagi sesuai.

3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok.

Air basuhan beras dan  ikan  diletakkan  bersama-sama kulit pisang pada pangkal pokok bunga ros kerana kulit pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga.

Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.

4) Selain itu, kulit udang, dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros.

5) Paling penting, pokok bunga  ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan dahan dan pengeluaran bunga.

Kaedah Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.


6) Jika kelihatan daunnya menjadi kuning dan akhirnya gugur. Air yang berkurangan  membuatkan pokok bunga ros telah kekurangan air. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.


Wednesday, 26 February 2014

Rose Lagikk

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Entry kali ni berkaitan dengan bunga lagi.. rose.. rose.. dan rose.. sekarang musim panas, so kena selalu jengok2 bunga ni.. takut air tanah kering. aku ni kadang terlupa nak siram.. sekarang semua bunga sedang mekar.. mudah-mudahan semua bunga aku hidup subur. BUNGA SIHAT HATI SENANG

DULU rutin harian aku kucing.. kucing.. dan kucing.. sekarang bunga.. bunga dan bunga... tapi anak bulus aku xdi abaikan.. mereka dalam rumah 24jam dengan aku.. TOMMY, TRUSHA, VALE TADDEO N  TOSHIYUKIE nama anak-anak bulus bukan main, letak nama omputeh.. TOSHIYUKIE je jepun datang.. time ni minat bunga.. so letak nama tempat paling cantik.. jepun sebab ada bunga sakura.. erkk boleh gitu??

So far aku belum kenal lagi bunga2 di taman aku.. masih mencari identiti dia.. apa yg org berikan nama itulah dia.. rose ni ada banyak nama saintifik dia.. nak cita kat sini esok pon xhabis. so xyah cita... kt bawah ni pic rose di taman mini aku.. (rumah xde taman)!! jadi la sekangkang kera. minat itu penting.. minat mengatasi segalanya.. tak gitu??


Si kuning sedang mekar... 










 
ni si cantik.. colorfull. tp nama xsedap hehe.. CALIT CAMERON

ni di panggil PERFUME PARADISE. betol ke idak? perfume paradise da 2 color ae? pink jambu pink terang?? xpasti. nak kepastian cer GOOGLE bunga dia "kedabak" besar.. kedabak? erkk


PURPLE PARADISE
C purple ni sangat wangi.. kelopak dia pon cantik

Maaf jika ada salah bagi nama pada bunga.. sebab dorg xde pasport hehe