Friday, 14 November 2014

Warkah Untuk Ayah.. Sampaikan Salam Rinduku..

Daripada dia kita datang kepada dia juga kita pulang... Tanggal 10 November 2014, bersamaan 17 Muharram 1436 H, tepat jam 10.55 am, orang yang aku sayang, iaitu AYAH terlah pergi meninggalkan aku selama-lamanya.. AL-FATIHAH.. Tiada apa lagi aku rasakan waktu itu.. semuanya kosong.. sunyi tanpa ayah..

Jam 9.56 am

Mak call, mak maklumkan ayah tenat, terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Hati terdetik nak balik kampung. Mak ada cakap tak payah balik, ayah tak ada apa-apa, katanya..

Jam 10.30 am

Mak call lagi, cakap ayah dah tak sedar diri.. ya allah hanya tuhan saja yang tahu..

Jam 10.55 am

Hospital call, pihak doctor maklumkan nadi ayah tiada respon.. tiada degupan nadi.. Dia minta izin untuk membuat bantuan alat apa aku tak ingat.. saat tu, rasa 1 batu besar terhempap di kepala. aku down!! 

Selang beberapa minit, mak call maklumkan ayah dah tiada... Innalillahiwainnalillahirojiun... aku tak hiraukan siapa yang ada di office, aku menangis semahu-mahunya..

Saat tu, aku mula menyesal, kenapa aku balik penang, kenapa?? kalau ini takdirnya, aku tak balik, aku tunggu dia, aku nak ada di sisi dia.. malam tu aku sempat bersembang dengan ayah, aku tanya dia kenapa tak pakai baju, dia cakap panas, badan berpeluh, basah baju.. waktu tu aku tak nampak lagi tanda-tanda ayah akan pergi. Aku bagi makan anggur pon tak mahu.. hanya minum air vitagen sikit.. semua dia tak mahu... ya allah, sesungguhnya aku rindu pada ayah...

Ayah ada renung kipas petak di sebelah katil dia, milik pesakit sebelah.. dia suruh aku beli kipas tu. dia nak yang besar, dia cakap beli kipas tu, nanti ayah bagi duit.. aku cakap tak payah la, simpan duit tu. nanti kaktie belikan.. Kaktie, panggilan nya pada aku.. aku cakap harga RM59.90. dia cakap beli la.. niat aku memang aku nak beli.. aku cakap, hari sabtu kaktie beli ya.. sebab aku balik tengok dia lagi.. dia angguk. aku tengok dia tengok je kipas tu...

Aku tahu dia panas, tapi aku betol-betol tak sangka dia akan pergi.. sempat juga aku tanya dia, bila ayah nak balik, dia cakap esok, (10 Nov 2014) tak tahu bila nak potong nama.. dah potong nama dia balik la.. bila dia tiada, baru aku tahu & sedar, itu tanda dia akan pergi. kenapa aku tak perasan?? terkilan sangat ya allah.. 

Saat dia pergi, mak ada cakap, ayah bertanyakan aku pagi tu, mana kakti, mak cakap dia balik kerja la.. dia kerja dengan orang, mana boleh cuti lama-lama, rupanya dia nak jumpa aku sebelum dia pergi.. Andai dapat putarkan masa, aku tak minta lama, cukup 2 3 jam untuk aku tunaikan semua permintaan dia... kini? semuanya tinggal harapan dan sesalan..

Ayah, kenapa ayah tak tunggu kaktie dulu, kaktie dah janji nak balik hari sabtu, nak beli kipas untuk ayah.. kenapa ayah tak tunggu? ayah, biarpun dirimu bukanlah ayah kandung ku, aku amat sayang pada mu... ayah, dulu waktu sekolah, ayah ingat tak? ayah yang pakaikan kaktie baju, stokin & kasut.. semua ayah yang buat. Basuh kasut, basuh baju, iron baju, semua ayah.. kaktie tahu, ayah sayang sangat kat kaktie.. ayah, maafkan kaktie.. kaktie belum cukup berbakti pada ayah, ampunkan semua dosa-dosa kaktie pada ayah.. halalkan makan minum kaktie selama 27 tahun kaktie dengan ayah..kaktie akan selalu berdoa pada tuhan semoga ayah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan di jauhi segala siksa-siksa kubur...

Saat ini, detik ini aku kesunyian.. aku rindukan ayah. belum cukup aku berbakti pada dia. bila dia tiada, sesalan dah tak ada gunanya... ayah dah pergi untuk selama-lamanya... ayah, aku sayang kamu... aku rindu kamu... 

Banyak suka dan duka aku dengan ayah, tak habis untuk aku coretkan di sini... kini dia dah kembali kepada pencipta... tenanglah ayah di sana, Insyaallah satu masa nanti kita bersatu kembali di alam barzakh... aku aku belikan kipas permintaan nya.. itu janji ku..


Sempat aku snap gambar kipas ni.. kenangan.. 


"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa-dosanya, lindungi dia dan maafkan dia, muliakanlah tempat kembilnya, kau lapangkanlah pusaranya, bersihkanlah dia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah bersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantikanlah rumahnya di dunia dengan rumah yang lebih baik di akhirat serta gantikanlah keluarganya di dunia dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkan dia ke syurga-Mu dan  jauhkanlah dia dari azab kubur dan siksa api neraka, berkatilah setiap amalannya semasa di dunia. Amin......." 


Al- Fatihah

No comments:

Post a Comment