Bunga daisy adalah sejenis bunga yang sangat cantik yang
berasal dari kawasan utara dan tengah Eropah. Perkataan daisy membawa maksud
"mula kembang pada waktu terbit fajar". Bunga ini tergolong dalam
keluarga bunga Compositae (sekuntum bunganya terdiri daripada banyak
kuntum-kuntum kecil). Bunga daisy melambangkan keikhlasan, kesetiaan dan
kesucian. Sebab itulah ramai penggemar bunga menjadikannya sebagai hadiah.
Pokok bunga ini berbunga sepanjang tahun dan mudah membiak. Ada banyak jenis daisy. Antaranya ialah Spanish Daisy, Blue Daisy, Lazy Daisy atau Prairie Daisy, African Daisy, Michaelmas Daisy, Swan River Daisy, Tatarian Daisy, Painted Daisy, Paris Daisy, Shasta Daisy, Crown-Daisy, Ox-eye Daisy, Nippon Oxeye Daisy, Giant Daisy, African Daisy, Kingfisher Daisy, Sunshine Daisy, Gerbera Daisy, Transvaal Daisy atau Barberton Daisy, Tahoka Daisy, Livingstone Daisy, Gloriosa Daisy, Dahlberg Daisy dan Butter Daisy. Jenis yang paling popular ialah Shasta Daisy dan African Daisy.
Penanaman
Penjagaan
Biasanya serangga perosak jarang menyerang pokok bunga daisy. Walau bagaimanapun, jika tanaman kita diserang penyakit, gunakan racun kulat. Apabila hampir waktu berbunga, bubuh baja fosfur supaya bunganya besar dan cantik warnanya. Pada musim hujan, lindunglah dengan plastik jernih atau benda-benda lain yang boleh ditembusi cahaya matahari tetapi tidak ditembusi air hujan. Jangan lupa menyiramnya sekali sekala.
Khasiat Perubatan
Daun dan kelopak bunga ini boleh dimakan dan boleh juga digunakan untuk menyembuhkan sakit tekak dan sakit perut.
Credit : JOM TANAM BUNGA
Ini antara koleksi aku d rumah.. aku jual juga bunga ni. kalau berminat boleh email ye @ terus ke FACEBOOK
No comments:
Post a Comment