Thursday, 30 October 2014

Bunga Tangan Rose Felt


Assalamualaikum.. Balik dari mancing, kena siapakan bunga tangan untuk Cik Anith dari Sik.
Beliau request nak bunga tangan dari kain felt.. Theme Purple - Pink 
So, ini hasil nya.. dah siap...
Taraaaaaaaaaaaaaaaaa...

Alhamdulillah customer suka..

Selamat Bertunang Sayang..






Thursday, 23 October 2014

Enchanted Evening & Cut Holland Rose

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Rasanya belum terlambat saya nak ucapkan Happy Deepavali bagi mereka yang menganut agama Hindu.. muruku time... ngee... sedap2.. Entry kali ni sesaje nak share gambo2 rose kat laman rumah.. 
Di bawah adalah rose omputeh, orang cakap bukan saya cakap.. ^__^ id nya pon sedap kan? bila hati dah terpaut dengan rose, alahai pantang nampak yang cantik mesti rembat. Tapi cam saya bagitahu dulu, mentenance tinggi. Nah macam kereta..

Minat punya pasal, apa la sangat. Eewahh


ID : ENCHANTED EVENING




ID : CUT HOLLAND




Tuesday, 21 October 2014

Great Wall M4 (Dealer Penang)








GREAT WALL M4 - COMPACT SUV
* 1.5VVT GW4G15 (Toyota Vios Engine)
* AUTO - 6-SPEED AUTO TRANSMISSION.
* 1.5VVT GW4G15 5 SPEED MANUAL TRANSMISSION
* ELECTRONIC FUEL INJECTION (EFI)
* ABS + EBD + BRAKE ASSIST.
* DUAL SRS AIRBAG
* TIMING CHAIN
& MANY MORE HIGH PERFORMANCE & LUCUXY SPEC. & ACCESSORIES

BUKIT MERTAJAM

Head Office


Lot No. 1200,
Jalan Bukit Minyak,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.



Tel : +(6) 04-537 9426 , 04-537 9427
        +(6) 04-537 9428 , 04-539 7088
Fax : +(6) 04-537 9429
H/P : +(6) 017-532 6545

Monday, 20 October 2014

Calla Lily

Entry kali ini berkenaan CALLA LILY. Ini sebahagian yang ada di laman rumah ku sekangkang kucing.. bunga sangat cantik. kadang aku petik buat bridal bouquet. Pokok ni bagi aku sangat sensitive... silap haribulan mati... kadang tak berbunga dah... dia perlukan banyak air.... ada kolam ikan, tanam tepi2 kolam, wahhh cantik...

Meh jamu mata tengok koleksi CALLA LILY yang ada.. 









Wednesday, 15 October 2014

Bridal Bouquet (Bunga Tangan) Fresh Flowers

Assalamualaikum.. hari ni entry pasal muge lagi..

Ini bunga tangan tempahan dari Nur Ainun (Penang)

1. Red Rose + Baby Breath
2. Dark Pink + Light Pink + Baby Breath

Berminat boleh pm saya di Facebook ya








Wednesday, 8 October 2014

Bridal Bouquet Cascade Red Rose Fresh Flowers

Alhamdullilah, siap sudah bridal bouquet untuk customers tersayang.. 
beliau inginkan bouquet red rose cascade. bunga sememangya dari bunga segar.. 
cantik kan?? auwwwwww







Ini bakal pengantin nya... AIN
Ingat entry pasal calla lilly artificial? bunga tu milik ain jugak. boleh baca kat SINI

Berminat boleh cari saya ya di FACEBOOK



Tuesday, 7 October 2014

Ladang Anggur Tasek Beris Sik, Kedah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

Selamat pagi semua, hari ini kerja kat office sangat banyak, mata pulak kuyu je mau tito.. 
Kalau di layan mesti lelap ni, kali ni saya nak cerita sikit pasal 
LADANG ANGGUR TASEK BERIS, SIK KEDAH

Kalau dari kampung saya nak pergi ladang anggur ni dalam 1jam lebih perjalanan..
lalu kawasan perkampungan untuk sampai ke sini.. dah lama dah saya pergi, duduk dekat tapi tak ada masa nak pergi, hari tu pergi time tak cantik, buah baru je dorang petik, yang tinggal semua tak cantik.. ladang dia tak besar sangat, setakat nk guling2 dalam ladang boleh la.. itupun kalau pekerja yang jaga tak halau la.. keluasan dalam 4 ekar dengan jumlah pokok sebanyak 1000 lebih kurang

Nak masuk tiket dewasa RM4 Kanak-kanak RM2. Di pintu masuk dah tulis di larang memetik buah.. setiap penjuru pagar ada pekerja jaga.. bila dah tengok anggur kan rasa juga nak rasa, tengah snap2 gambar pura-pura pegang buah kononya, tarik 1 biji.. ops terpetik hehe.. aummmm maniss...



Walau rupa tak berapa cantik, tapi rasanya tu... shedapp... manis.. nasib baik pekerja yang jaga ladang tak nampak.. setiap gugusan buah mesti ada beberapa biji hilang.. hehe.. semua orang petik.. pura-pura selfie ngan anggur kononnya... haha.. 




Tak silap saya ada 3 jenis anggur kat sini " BLACK GRAPE, WHITE MALAGA, LOSU PLITE. Jenis ini di tanam untuk pasaran tempatan. ada rezeki boleh la anda petik buah sendiri. saya dah tak ingat berapa ringgit untuk 100g. kalau nak petik kena minta bakul dan bayar di gerai yang disediakan.



Jangan tak percaya, ladang strawberry pon ado.. tapi buah tak sebesar kat CAMERON HIGHLAND tu.. sini tempat tak sejuk, so buah tak cantik.. walaupun tak cantik, hilang jugak buahnya.. haha bukan saya ambil ye.. 

Dekat ladang anggur ada gerai jualan, sekiranya nak beli cenderamata, anggur fresh @ pokok anggur. semua dijual di sini. Gerai makanan juga ada, nak try jus angur fresh boleh datang.. 

Permandagan sekitar ladang anggur sangat cantik, di hiasi dengan tasek beris.. Waktu saya pergi, musim kahwin gamaknya, ramai betol pengantin buat photoshoot kat sini... 

Sebelum balik, sempat saya pergi kat pekerja ladang tu, maaf ye saya amik 1 biji buah rasa. dia gelak je.. haha... dia cakap tak apa, 1 biji bukan 1 pokok.. kalau gitu mau amik 1 gugus tadi.. haha.. 

Sesiapa nak datang boleh la datang, jangan pelik KEDAH pon ada LADANG ANGGUR okehh... 


Ini maps untuk memudahkan anda datang.. nak ajak saya pon boleh.. hehe

Gerai jualan hasil dibuka dari

9.30 pagi hingga 6.30 petang
 atau hubungi
 BERIS LAKE VINEYARD

(LADANG ANGGUR TASIK BERIS)

Lot 264, Kampung Ternas, 08200 Sik,
 Kedah Darul Aman.
 Tel : 04-4620466, H/P: 019-5667908,

Email : Excel agro @ yahoo.com.

Seboleh boleh nya anda call dulu sebelum pergi, tanya anggur ada ke tidak. nanti jadi macam saya, pergi anggur dah tak ada. yang ada sikit untuk tatapan pengujung. semua belum masak lagi..

Cukup la setakat ini ya.. byeeeee...


Rose & Penyakit

Kali ni nak cerita sikit pasal rose.. ini adalah rose jagaan aku.. bukan senang nak senang. bukan senang nak jaga rose ni.. bukan hari2 siram n letak baja ja.. no no no.. dulu waktu 1st time terjebak dalam dunia penjagaan/belaan rose, seram aih belaan? haha.. aptb.. ingat mudah.. tapi saya silap.. susah sebenarnya... kita kena tahu penyakit pada pokok rose, makanan dia, suppliment dia.. bukan macam pokok durian, tanam siram & biar dia berbuah.. 

Rose ni sangat sensitif.. sangat manja, nak je di belai selalu.. kalau datang penyakit, susah hati dibuatkan. silap hari bulan, ke syurga jawabnya.. huhuhu. ingin saya kongsikan di sini beberapa jenis penyakit rose.

Salah satunya thrips. paling di takuti oleh roserian.. betolkah roserian? hehehe..
Thrips ni rose boleh ke syurga kalau xjaga dengan betol.. ini tips dari kawan facebook saya, boleh diketogerikan SIFU ROSE lah.. rose dia sangat2 la santeq.. cam kat kebun bunga. kt CH pon xmacam kebun dia. sangat2 sihat.. mcm kt laman umah DAVID AUSTIN baq hang.. 



Tips : Cara megawal perosak seperti thrips dan aphids tanpa menggunakan bahan kimia:
Aphids - Dengan melakukan semburan air yang kuat dari hose air setiap pagi dapat membantu mengurangkan serangan aphids, lakukan setiap hari sehingga tanda-tanda serangan hilang
Thrips - Cantas dan buang semua bahagian yang telah diserang thrips seawal serangan disedari.
Copyright : Norin Asni



nanti saya akan berikan beberapa jenis serangan THRIPS.. tapi sebelum tu meh la belek2 rose saya ni.. santeq kan.. auuww

ID : CHARLOTTE (not sure)







Next entry la saya share ye pasal serangan thrips.. ^_^

Monday, 6 October 2014

Surprise Delivery (Hand Bouquet Daisy + Chocolate + Balloons)

SURPRISE!!!!

Kali ini entry nk story sikit pasal surprise delivery..
SCARLETHEART FLORIST & GIFT ada menyediakan surprise delivery.
Ingin surprisekan insan tersayang? xtahu nak kasi apa? xda masa? 
Jangan risau, kami ada untuk merealisasikan impian anda.. sangat MUDAH!
Hanya perlu pilih apa anda nak, kami akan hantar terus kepada si dia dengan kejutan yang istimewa

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi SCARLETHEART FLORIST & GIFT

Insan bertuah hari ini adalah, En Mohd Shah Rull Naim

surprise birthday boy!! Happy birthday 

Surprise hand bouquet daisy + chocolate + balloons. 
Dari isteri Ibu Ahnaf Falah untuk suami tercinta

muka terkejut, risau semua ada. takut isteri marah tetiba dapat bunga kat shopping mall pulak tu..
siap ada lakonan lagi tu.. 


Ini semua idea dari wife dia. saya hanya membantu apa yang perlu..










Want to surprise her with unique gift? We will help u to make unforgettable present for your loved one.. 

Any enquiries please contact us.